Notice: register_sidebar was called incorrectly. No id was set in the arguments array for the "Sidebar 1" sidebar. Defaulting to "sidebar-1". Manually set the id to "sidebar-1" to silence this notice and keep existing sidebar content. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.2.0.) in C:\Domains\mfasuria\mfasuria.com.my\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 4147

Notice: register_sidebar_widget is deprecated since version 2.8.0! Use wp_register_sidebar_widget() instead. in C:\Domains\mfasuria\mfasuria.com.my\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 3839

Notice: unregister_sidebar_widget is deprecated since version 2.8.0! Use wp_unregister_sidebar_widget() instead. in C:\Domains\mfasuria\mfasuria.com.my\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 3839

Notice: unregister_sidebar_widget is deprecated since version 2.8.0! Use wp_unregister_sidebar_widget() instead. in C:\Domains\mfasuria\mfasuria.com.my\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 3839
MFA SURIA MANAGEMENT SERVICES » Tanggungjawab Pemaju Dan Waranty

TANGGUNGJAWAB PEMAJU DALAM SPJB

Selepas perjanjian jual beli ditandatangani, kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual (pemaju) terikat kepada terma-terma dalam perjanjian (Kontrak) tersebut.

Pemaju adalah bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan tanah seperti berikut :-

(a) Dengan perbelanjaan sendiri memohon dan mendapatkan kelulusan bagi memecah sempadan tanah yang dijual kepada pembeli ;

(b) Mengambil segala langkah mendapatkan Surat Hakmilik Berasingan atau pindahmilik bagi tanah tersebut dalam tempoh 21 hari setelah pembeli membayar segala pembayaran. Pemaju perlu menyempurnakan dokumen pindahmilik yang sah serta mendaftarkan harta tersebut diatas nama pembeli, waris atau penerima serah hak yang sah, mengikut yang berkenaan;

(c) Memastikan tanah yang dijual bebas daripada apa-apa syarat seperti pertanian atau perindustrian sama ada ternyata atau tersirat atau apa-apa sekatan atau bebanan pada tarikh SPJB ditandatangani; dan

(d) Pemaju juga tidak boleh mengenakan apa-apa bebanan ke atas tanah tersebut sebelum mendapat kebenaran daripada pembeli dan perlu mengakujanji harta tersebut bebas daripada apa-apa bebanan sebelum penyerahan pemilikan kosong kepada pembeli;

Pemaju juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berikut;

(a) Dengan kos sendiri membina infrastruktur seperti jalan, jalan masuk rumah, parit, pembetungan, saluran air atau loji pembetungan bagi pemajuan perumahan tersebut yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan;

(b) Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan penyelenggaraan termasuk pungutan sampah, pembersihan parit awam dan pemotongan rumput di rizab jalan mulai tarikh penyerahan pemilikan kosong sehingga ai diambil alih oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan;

(c) Menyediakan/memasang saluran air, elektrik, pembetungan, paip gas (jika ada) serta pengkabelan telefon dalaman (jika ada) dengan kos perbelanjaan sendiri. Pemaju juga bertanggungjawab membayar segala denda atau kerugian yang ditanggung disebabkan oleh perlanggaran peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; dan

(d) Pemaju hendaklah memohon Perakuan Layak Menduduki (CFO) dengan kos sendiri daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Kegagalan pemaju mematuhi terma-terma yang ditetapkan dalam SPJB, Pemaju hendaklah;

(a) Membayar ganti rugi kepada pembeli dari hari ke hari pada kadar 10% setahun daripada harga beli jika pemaju gagal menyerahkan pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan, setelah tamat tempoh yang dipersetujui dalam SPJB; dan

(b) Dalam tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) iaitu 18 bulan dari tarikh penyerahan pemilikan kosong, jika berlaku kecacatan pemaju bertanggungjawab membaikinya.

Sebaliknya pemaju mempunyai hak berikut;

(a) Mengenakan faedah ke atas pembayaran lewat pada kadar 10% setahun jika pembeli gagal membayar ansuran dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis pembayaran daripada pemaju;

(b) Menamatkan perjanjian (kontrak) sekiranya pembeli tidak menjelaskan bayaran ansuran dalam tempoh 28 hari.