centralspirit fake watches

Tanggungjawab Dan Peranan Pembeli

TANGGUNGJAWAB & PERANAN PEMBELI

Pengetahuan Asas Sebelum Membeli Rumah

Sebelum merancang untuk membeli rumah, bakal pembeli-pembeli rumah hendaklah menentukan terlebih dahulu :

(a) jenis rumah yang hendak dibeli, sama ada jenis landed property (seperti rumah teres, banglo atau rumah berkembar) atau jenis bangunan bertingkat (seperti kondominium, pangsapuri atau townhouse) – perlu diambil perhatian bahawa sekiranya bakal pembeli berhasrat untuk membeli rumah jenis bangunan bertingkat maka pembeli harus mengambil kira jenis perkhidmatan yang disediakan, siapa yang akan menyelenggarakan bangunan dan common properties (seperti tangki air, lif, taman rekreasi kolam renang), berapa kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan, bilangan unit rumah yang dibina – paling penting sama ada pembeli bersedia untuk kehidupan berkomuniti.

(b) keupayaan dari segi kewangan dengan mengambilkira pendapatan bersih setelah ditolak perbelanjaan atau sebarang pembayaran-pembayaran lain – perlu diambil perhatian sekiranya pembeli mengambil sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan mereka juga adalah terikat dengan perjanjian pinjaman atau terma-terma pinjaman. Selalunya bakal peminjam enggan mendedahkan kedudukan kewangan sebenar mereka semasa berurusan dengan pihak bank. Jadi apabila pihak bank mendapat tahu kedudukan kewangan mereka yang tidak kukuh untuk pinjaman perumahan khususnya pada kadar 90% daripada harga jualan rumah, ini akan menimbulkan masalah kelulusan pinjaman, penamatan perjanjian jual dan beli oleh pemaju dan pembeli kehilangan hak ke atas wang pendahuluan 10%.

(c) jenis pembeli – berisiko tinggi, sederhana atau rendah. Pembelian sesebuah rumah boleh diibaratkan seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham. Sekiranya bakal pembeli adalah pelabur berisiko tinggi maka bolehlah membeli rumah yang dijual tetapi belum dibina atau pada peringkat pembinaan 45% ke bawah. Jika bakal pembeli merupakan pelabur berisiko sederhana maka bolehlah membeli rumah yang sedang dalam pembinaan (sebaiknya dari peringkat 45% ke atas). Tetapi sekiranya pembeli enggan mengambil risiko yang tinggi maka bolehlah beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan CFO. Perlu diambil perhatian harga rumah yang sudah siap dengan CFO tidak lagi dikawal oleh Kementerian dan tertakluk kepada nilai dalam pasaran hartanah semasa.

(d) Jenis pelaburan yang hendak dibuat dalam tempoh jangka panjang dan jangka pendek melalui pegangan tanah dimana bangunan kediaman tersebut akan atau telah dibina. Biasanya terbahagi kepada 3 jenis iaitu pegangan bebas (untuk selama-lamanya), pajakan (kebiasaannya untuk tempoh 99 tahun) atau Rezab Melayu (hanya boleh dipindahmilik kepada orang Melayu sahaja). Kebiasaannya rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas (freehold) mempunyai nilai yang tinggi di pasaran baik di pasaran utama (dalam pembinaan) atau pasaran kedua (siap dengan CFO) dan kebiasaannya meningkat dengan masa. Bagi rumah yang dibina atas tanah pajakan pula, kebiasaannya nilainya akan menurun mengikut baki tempoh pajakan khususnya jika kurang daripada 60 tahun. Bagi rumah yang dibina atas tanah Rezab Melayu, perlu diambil perhatian bahawa ia adalah khas untuk Bumiputra Melayu dam pembeli asal hanya boleh menjual kepada Bumiputra Melayu juga.

fake rolex watches