centralspirit fake watches

Menjaga Kepentingan Pembeli

AKTA MENJAGA KEPENTINGAN PEMBELI

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) berkuatkuasa pada 29.8.1969 manakala Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 pula berkuatkuasa pada 1.4.1989. Ia terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

Akta 118 juga dipinda dari semasa ke semasa mengikut keperluan sektor perumahan masa kini dan juga untuk menjadikannya lebih relevan dengan senario pemajuan perumahan semasa dan kepentingan serta keperluan pembeli-pembeli rumah masa kini. Contoh adalah seperti mewajibkan pemaju-pemaju perumahan berlesen untuk membuka dan menyelenggarakan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA Account) serta pengenalan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) dalam tahun 1990 manakala dalam pindaan tahun 2002, tugas-tugas pemaju perumahan berlesen diperluaskan seperti memastikan semua ketelitian telah dijalankan bagi memastikan bangunan memperoleh Sijil Layak Menduduki dan pindahmilik hakmilikan tanah.

Pengawasan dan penguatkuasaan Akta dan Peraturan ini dilaksanakan oleh Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang terletak di Aras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur.

Semua pengawasan dan penguatkuasaan Akta dan Peraturan ini dikendalikan oleh Pengawal Perumahan, Inspektor Perumahan serta pegawai-pegawai pengkhidmat lain yang dilantik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bahagian ini membuat pengawasan projek perumahan dari masa ke semasa bagi memastikan :

(a) projek-projek perumahan yang telah diberi Lesen Pemajuan Perumahan oleh Pengawal Perumahan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual;

(b) pemaju melaksanakan tanggungjawab mengikut Akta/Peraturan seperti mempunyai Lesen Pemajuan Perumahan, mempunyai Permit Iklan dan Jualan, Akaun Pemajuan Perumahan diselenggara dengan betul, keseragaman Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 11 dalam format Jadual G (tanah dan bangunan) seperti rumah banglo, rumah teres, rumah berkembar (semi-D) dan format Jadual H (bangunan pecah bahagi) seperti rumah pangsa (flat), apartment, kondominium dan rumah bandar (town house).

Pengawasan projek dilakukan melalui:-

(a) Pemeriksaan dan kajian laporan yang diterima daripada pemaju berdasarkan borang 7(f) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang mesti dihantar oleh pemaju ke Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa 2 kali setahun (sebelum 21 Januari dan 21 Julai)

(b) Pemeriksaan pemajuan projek di tapak projek dan juga pejabat pemaju. Pemeriksaan ini merangkumi kepada pengiklanan, kemajuan projek, bayaran/kutipan wang oleh pemaju, Akaun Pemaju Perumahan, SPJB dan lain-lain yang berkaitan. Pemaju tidak boleh mengubah atau memasukkan peruntukan baru atau membatalkan mana-mana peruntukan dalam SPJB tanpa kelulusan Pengawal Perumahan;

fake rolex watches