centralspirit fake watches

Lesen Dan Permit Pemajuan Perumahan

PEMAJU PERLU ADA LESEN DAN PERMIT

Pemajuan Perumahan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan ) 1966 dan peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Akta/Peraturan tersebut dikuatkuasakan bertujuan memastikan pemajuan perumahan dijalankan dengan secara teratur, terancang serta menjana industri perumahan secara adil dan sihat amnya dan menjaga kepentingan pembeli-pembeli rumah khas. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dipertanggungjawabkan menguatkuasakan Akta dan peraturan tersebut.

Dibawah Akta/Peraturan tersebut pemajuan perumahan yang membina dan menjual lebih daripada empat (4) unit rumah diwajibkan mempunyai lesen pemaju perumahan serta permit iklan dan jualan.

Sebelum 1 Disember 2002, pengeluaran lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan hanya terpakai keatas pemaju perumahan swasta sahaja. Koperasi dan perbadanan Kemajuan Negeri yang terlibat dalam industri perumahan telah dikecualikan daripada mendapat lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan.. Hal ini kerana agensi-agensi tersebut mempunyai mekanisma sendiri untuk menjaga kepentingaan pembeli rumah.

Bagaimanapun bagi tujuan keseragaman dan mengelakkan penyalahgunaan pengecualian daripada Akta/Peraturan tersebut oleh koperasi dan Perbadanan Kemajuan Negeri iklan, maka mulai 1 Disember 2002 semua projek perumahan dan permit jualan daripada KPKT.

Walau bagaimanapun pemaju perumahan tidak perlu mendapatkan lesen, permit iklan dan jualan dengan syarat berikut :

(a) Membina kurang daripada empat (4) unit rumah;
(b) Membina lebih daripada empat unit rumah tetapi tidak membuat apa-apa penjualan;
(c) Membina tetapi menjual rumah setelah mendapat Sijil Kelayakan menduduki (CFO) penuh.
(d) Pengawasan projek-projek berdasarkan kepada maklumat dan aduan yang diterima ramai sama ada secara bertulis, telefon,emel atau juga melalui media masa.

Dari segi penguatkuasaan pula, bahagian pengawasan dan penguatkuasaan akan mengambil tindakan termasuk mendakwa pemaju perumahan berlesen yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan Akta/Peraturan. Antara tindakan-tindakan pendakwaan yang telah diambil setakat ini adalah seperti pemaju projek perumahan mendapatkan lesen pemajuan perumahan dan tanpa permit iklan dan jualan, gagal melaksanakan tugas-tugas pemaju perumahan berlesen, kegagalan pemaju perumahan berlesen membuka dan menyelenggara Akaun Pemajuan Perumahan dan lain- lain yang berkaitan.

fake rolex watches