centralspirit fake watches

Hak Pembeli Dalam SPJB

HAK-HAK PEMBELI DALAM SPJB

Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) merupakan dokumen perundangan yang ditandatangani dan Dipersetujui oleh kedua pihak iaiatu pembeli dan pemaju- pemaju bersetuju menjual harta (rumah Dan Tanah ) manakala pembeli bersetuju membeli harta tersebut dengan terma-terma yang dicatat dalam SPJB.

SPJB adalah seragam bagi jual beli rumah-rumah kediaman yang sedang dalam pembinaan dan setiap pemaju dikehendaki mematuhinya. Ini selaras dengan peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (kawalan dan pelesenan ) 1989. Sekiranya pemaju tidak mematuhi, ia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda sebanyak RM5000.oo atau penjara 3 tahun ata kedua-duanya.

Sebelum SPJB seragam memperkenalkan , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapat surat perjanjian beraneka ragam dan mengikut kehendak pemaju dan banyak merugikan pembeli. Bagi melindungi pembeli SPJB diseragamkan.

Peraturan 11(1) dalam peraturan- peraturan Pemajuan Peruahan (kawalan & perlesenan ) 1989 telah memperuntukkan 2 bentuk SPJB iaitu Jadual G bagi pembelian rumah dan tanah dan juga Jadual H bagi bangunan yang pecah bahagi.

Sekiranya pemaju tidak tertakluk kepada Akta/Peraturan , mereka boleh menggunakan SPJB mengikut kehendak mereka misalnya sebelum pindaan Akta 118 berkuatkuasa pada 1 Disember 2002 bagi projek- projek perumahan yang dibangunkan oleh koperasi- koperasi atau perbadanan-perbadanan atau harta lain seperti kedai atau bangunan komersial.

Perkara- perkara penting dalam SPJB yang perlu dititikberatkan oleh pembeli adalah :

(a) Permulaan dan mukadimah
(b) Syarat tanah dan bebanan
(c) Harga dan jadual bayaran
(d) Pinjaman

(A) ‘Peamble’ pemaju dikehendaki mencatatkan :

(a) Tarikh perjanjian ditandatangani – pastikan sama dengan tarikh pembayaran pertama dibuat.
(b) Nama pemaju dan alamat.
(c) No lesen pemaju perumahan, No permit iklan jualan .
(d) Jenis pegangan tanah (pegangan bebas / pajakan).
(e) Perihal hak milik seperti PT No, bahagian , mukim , daerah , negeri dan keluasan bagi rumah jenis bangunan bertingkat, jika dibeli dengan lot tempat kereta pastikan ia dinyatakan sebagai petak aksesori.
(f) Keluasan lot dijual
(g) sama ada tanah dicagarkan kepada mana- mana pembiaya titian.

fake rolex watches