centralspirit fake watches

Bayaran Yang Perlu Dibayar Oleh Pembeli

BAYARAN YANG PERLU DIBAYAR OLEH PEMBELI

Perlu ditegaskan selepas SPJB ditandatangani, pembeli merupakan tuan punya atau pemilik yang sah ke atas harta (rumah) berkenaan. Oleh itu segala bayaran yang kena bayar perlu ditanggung oleh pembeli.

Semasa menandatangani SPJB, pembeli perlu membayar:

(1) Yuran pendaftaran perjanjian dan pindahmilik;
(2) Yuran setem; dan
(3) Kos guaman

Di bawah SPJB pembeli perlu membayar kemajuan ansuran sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

Bayaran lain yang perlu dibayar oleh pembeli selepas menandatangani SPJB termasuklah:-

(1) Bayaran pasti seperti :

(a) cukai tanah;
(b) taksiran (cukai pintu); dan
(c) caj-caj lain berkenaan dengan tanah tersebut.

(2) Bayaran yang perlu dibayar mulai penerimaan pemilikan kosong iaitu :-

(a) Bayaran perkhidmatan untuk bangunan pecah bahagi. Pembeli adalah bertanggungjawab membayar sejumlah yang adil caj perkhidmatan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama serta perkhidmatan sebelum penubuhan perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. Jumlah bayaran yang perlu dibayar ditentukan atau dikira mengikut unit-unit syer (keluasan petak) tersebut.Bayaran ini perlu dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari daripada notis tuntutan bayaran oleh pemaju. Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pembeli perlu membayar faedah pada kadar 10% setahun berkuatkuasa sertamerta dari tarikh tamat notis yang diterima. Pembeli juga perlu membayar premium insurans bagi tujuan menginsuranskan bangunan terhadap kerugian seperti kebakaran dan kerosakan jika berlaku.

(b) Bayaran infrastruktur dan penyelenggaraan. Bayaran ini meliputi bayaran perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rumput di rizab jalan yang disediakan oleh pemaju perkhidmatan tersebut sehingga diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Bayaran ini juga meliputi kos dan perbelanjaan penyelenggaraan, menjaga dan memperbaiki kemudahan-kemudahan dan kesenangan hidup tetapi tidak termasuk kawasan rizab jalan, kawasan lapang, elektrik, substesyen, tangki najis dan lain-lain.

(3) Bagi bangunan pecahbahagi, pembeli juga perlu mencarum sebanyak 10% daripada bayaran perkhidmatan kepada Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) bagi tujuan seperti mengecat semula bangunan atau harta bersama, perolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan bersama dan pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan (seperti lif, pam air, tangki air).

(4) Pembeli juga bertanggungjawab membayar cengkeram pemasangan meter air dan elektrik serta gas (jika ada). Pembeli perlu membayarnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis diterima. Kelewatan membayar akan menyebabkan faedah akan dikenakan pada kadar 10% setahun berkuatkuasa serta merta dari tarikh notis tamat

(5) Jika pembeli bersetuju dengan pemaju untuk membuat ubahsuai ke atas rumah yang dibeli, pembeli hendaklah membayar kos kerja-kerja tambahan yang dilakukan. Pembayaran ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis diterima bagi mengelak daripada denda faedah dikenakan pada kadar 10% setahun berkuatkuasa dari tamat tempoh notis.

Pembeli adalah tidak bertanggungjawab membayar dalam keadaan berikut;

(a) kos tambahan sekiranya berlaku perubahan yang melibatkan gantian atau penggunaan bahan binaan yang dipersetujui dalam SPJB melainkan dipersetujui oleh pembeli; dan

(b) apa-apa kerugian yang berlaku ke atas pemaju disebabkan oleh perubahan undang-undang atau pindaan ke atas undang-undang yang sedia ada seperti melibatkan pengenaan fee, bayaran atau cukai tambahan ke atas pemaju.

fake rolex watches